Apa Yang Perlu Anda Tahu Latihan Separa Perubatan?

Latihan separa perubatan terbahagi kepada 2 cabang, iaitu Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil.

Perbezaan Latihan Separa Perubatan Diploma & Sijil

Kedua-dua cabang ini mempunyai perbezaan antaranya perbezaan jawatan yang ditawarkan latihan separa perubatan bertaraf diploma mempunyai 10 latihan jawatan manakala latihan separa perubatan bertaraf sijil hanya menawarkan 2 latihan jawatan sahaja.

Diploma tempoh pengajian lebih lama antaranya 3 tahun dan sijil tempoh pengajian lebih pendek iaitu 2 tahun sahaja. Biasiswa semasa latihan juga berbeza.

Nak Lulus Peperiksaan Online Separa Perubatan? Klik sini 👉 : Peperiksaan Online Separa Perubatan

Ebook Exam Separa Perubatan

Untuk lihat perbezaan ini lebih terperinci, saya akan terangkan terperinci dibawah 👇

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Apakah Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma?

Pemohon hendaklah mempunyai

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Atau Sijil Vokasional Malaysia
  3. atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia
  5. atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada

Pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Jawatan yang boleh dipohon:
 Bil  Nama Jawatan
 1 Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
 2 Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
 3 Latihan Jururawat
 4 Latihan Juruterapi Pergigian
 5 Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
 6 Latihan Juruteknologi Pergigian
 7 Latihan Juru X-Ray
 8 Latihan Penolong Pegawai Farmasi
 9 Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
 10 Latihan Penolong Pegawai Perubatan


Apakah Syarat Kelayakan Separa Perubatan Bertaraf Sijil?

Pemohon hendaklah mempunyai

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Atau Sijil Vokasional Malaysia
  3. atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  4. dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia
  5. atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.Keutamaan akan diberikan kepada 
pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.

Jawatan yang boleh dipohon:
 Bil  Nama Jawatan
 1Latihan Pembantu Kesihatan Awam
 2Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Berapakah Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil & Diploma?

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Nota Persediaan Exam Online SPA Latihan Separa Perubatan

Masukkan maklumat anda dibawah untuk download preview nota exam separa perubatan secara percuma


Ulasan